Bismillahirahmanirrahim dan assalamualaikum...
Walaupun dah hampir 2 minggu kita berpuasa tapi baru hari ini berkesempatan nak mengucapkan salam Ramadhan pada semua umat Islam di seluruh dunia. Kebelakangan ini, Indah agak sibuk dengan assignment yang bertimbun-timbun, jadi tak sempat nak jenguk blog yang dah bersawang.
Walaupun tak ada orang yang baca blog Indah, tapi takpelah, Indah pun bukannya tulis blog ni untuk ada pembaca setia. Pada blognilah Indah luahkan segala perasaan Indah. Jadi, macam biasa Indah akan mencurahkan segala perasaan Indah pada entri-entri blog yang Indah tulis ni.
Hari ini, termasuk semalam, Indah duduk sekelas lagi dengan dia tu. Kelas Indah dengan kelas dia gabung untuk subjek seni. Jadi, setiap hari Rabu dan Khamis, kitaorang akan bergabung kelas. Hehehe, ni yang happy ni. So, semalam kitaorang belajar mengenai kaedah mewarna kut, kalau tak silap, teknik pualaman, dan golekan. Indah tak berapa suka dengan pualaman sebab agak leceh nak buat, sebab seluar trek yang Indah baru beli terkena cat pualaman tu. Lepas tu, kitaorang belajar buat teknik golekan menggunakan guli. Seronok buat teknik golekan ni. Rasa macam buat kuih raya pun ada. Mula-mula kena celup dulu guli dengan pelbagai warna, pastu letak kertas lukisan dalam besen. Susun guli yang dah dicelup tadi dalam besen, kemudian GOLEK!!! Waah, cantik betul hasilnya. Tapi yang sedihnya, Indah punyalah bersemangat buat golekan tu, last-last hilang entah ke mana kertas lukisan yang ada teknik golekan yang Indah buat tu. Takpelah, nak buat macam mana, bukan rezeki kut.
Dalam tengah syok-syok buat golekan ni, Indah rasa happy juga sebab si dia tu, Z ada sekali masa Indah tengah buat golekan tu. Dia berdiri dekat tepi sambil tengok apa yang Indah buat. Alahai, kena cover cun ni. Jatuh saham kalau buat tak cantik. Jadi, sambil buat, sambil tersengih-sengih. Pastu duk curi-curi pandang. Aduh, kurang pahala puasa sebab asyik mengintai anak teruna orang.
Macam manalah nak lupakan si dia ni, bila jumpa je terus angau. Baru nak lupakan dia tiba-tiba dia muncul depan muka. Terus duk teringat-ingat.