Bismillahirahmannirahim...
Entri hari tu Indah tulis pasal impian Indah untuk mengelilingi dunia. Kali ni Indah nak cerita mengenai impian Indah yang lain pulak. Impian yang ini Insyaallah, kalau takde aral melintang, Indah akan pastikan impian Indah yang ini tercapai. Sebagai seorang pencinta kucing yang tegar, Indah teringin nak adopt kucing-kucing jalanan yang takde tuan, kurap dan kelaparan. Bila pergi ke sesuatu tempat, Indah mesti akan terjumpa dengan kucing-kucing macam ni. Kasihannya Indah tengok mereka merayu-rayu meminta makanan daripada manusia-manusia yang tengah makan time tu tapi sesetengahnya yang tak berperikemanusiaan bertindak menyepak atau menendang kucing tu. Bagaimana perasaan kucing-kucing tu, hanya Allah yang tahu. Jadi, Indah kalau boleh, suatu hari nanti, bila Indah dah kerja, ekonomi dah stabil, Indah nak adopt kucing-kucing jalanan tu. Sekarang ni tak boleh buat macam tu lagi sebab Indah still study, and rumah ibu bapa Indah jauh. Housemates Indah pula tak berapa suka dengan kucing, jadi Indah tak boleh bawa balik rumah mana-mana kucing.
Indah akan tempah sebuah sangkar besar, yang ada banyak bilik. Macam mini apartment, tapi versi sangkar. Setiap kucing akan tinggal dalam setiap bilik. Dari pukul 7.00 a.m sampai pukul 10.00 a.m, kucing-kucing akan diletakkan di luar sangkar, kemudian masuk balik dan akan keluar semula pada pukul 5.00 p.m hingga 7.00 p.m untuk aktiviti riadah diorang. Haa siap planning buat jadual lagi. Lepas tu kalau ada bajet lebih, Indah nak upah seorang pekerja untuk memastikan makan minum, kebersihan dan sangkar kucing-kucing ni terjaga. And then, kalau ada orang yang nak adopt atau nak tinggalkan kucing diorang kat tempat Indah pun, Indah tak kisah. Macam ni la yang Indah dok imagine tiap-tiap hari bila tengok kucing-kucing dekat kafe maktab Indah ni. Kadang-kadang, Indah sedih, bila kawan-kawan Indah tak faham dengan apa yang Indah harapkan. Kalau tak suka dengan kucing tu, just ignore it. Tak payahlah marah-marah atau hina-hina kucing tu. Sedih hati Indah tau. Indah bersyukur, sebab keluarga Indah juga menyayangi kucing. Jadi, Indah rasa impian Indah yang ini mungkin senang sikit nak tercapai kut, kalau nak dibandingkan dengan yang Indah cerita sebelum ni. Indah harap, impian yang ini akan tercapailah suatu hari nanti.
PS: Agak-agak, Z.A suka kucing tak??? Hurmmm....
Sedih bila melihat nasib kucing-kucing jalanan yang tidak pernah terbela. Sumber: Google Images |
Salah satu cat sanctuary di luar negara yg dibuka oleh Craig Grant. I hope that one day I can open one like this and visit this place too. Sumber: Google Images |
Kucing-kucing di cat sanctuary milik Craig Grant. Sumber: Google Images |
No comments:
Post a Comment