Assalamualaikum...
Uarghhhh....dah lama gila x berblogging...maklumlah, sejak dua tiga hari ni Indah sibuk dengan assignment, presentation, SBE dan banyak lagi la. Dalam tengah kalut ni, Indah teringat tentang blog yang Indah dah lama tinggal ni. Saje nak hilangkan boring kejap.
Dua hari yang lalu, hari Rabu hari tu Indah pergi tengok persembahan drama pentas anjuran senior Indah. Memang excited gila nak pergi. Sem lepas diorang ada buat jugak tapi Indah tak dapat pergi sebab kena pergi SBE. Jadi sem ni kena pergi jugaklah kalau tak melepas. Ada dua drama yang diorang lakonkan, Little Red Riding Hood dan QWERTYUIOP. Kalau Little Red Riding Hood tu mesti ramai yang dah tahu jalan ceritanya. Tapi bagi QWERTYUIOP, mesti ramai yang tak tahu.
Sebenarnya, QWERTYUIOP ni kisahnya kalau tak silap Indah la, mengenai seorang jurutaip atau setiausaha yang bernama Miss Broome. Dia pekerja yang bagus tetapi diberhentikan secara tiba2. Pasal apa dia kena pecat, Indah pun tak tahu. Maklumlah, drama tu dalam Bahasa Inggeris, jadi Indah tak berapa dengar dengan jelas apa yang diorang sebut. Lepas tu, berapa puluh tahun kemudian, seorang gadis yang slow learner, Lucy Beck yang baru lepas graduate, minta kerja dekat syarikat yang Broome kerja tu. Nama syarikat tu Ross & Bannister. Masa hari pertama kerja, Lucy ni selalu kena ganggu dengan entiti yang suka taip QWERTYUIOP menggunakan mesin taip dekat syarikat tu. Jadi, Lucy ni pun gelabahla, sebab tiba2 mesin taip tu tertaip dengan sendiri perkataan QWERTYUIOP. Jadi dipendekkan cerita, rupanya Miss Broome yang taip bertujuan untuk menakutkan setiausaha baru syarikat tu sebab tak nak orang lain pegang jawatan tu.
Masa Indah dan kawan2 tengah sibuk nak cari tempat duduk, hehe, Indah terpandang kat sorang abang senior yang buat persembahan malam tu. Mak oii, smartnya...huahuahua..biasalah Indah ni..alahai cair dibuatnya. Haha... itu sajalah yang Indah nak cakap kali ini. Sekian, tata.
No comments:
Post a Comment