Friday, 24 February 2012

Resepi Maggi Sup Versi Indah

Assalamualaikum... 

Kalau waktu cuti hujung minggu, makanan rutin bagi pelajar2 semestinya ialah mee Maggi. Tapi kali ni Indah nak  kongsi resepi Maggi sup versi Indah punya. Ni Indah cuba try test masak hari tu sebab Indah dah penat asyik makan Maggi biasa jer. Simple, cepat dan sedap *bagi Indah lah. Jadi Indah cuba buat kelainan dengan memasak Maggi tapi Maggi sup. Yang kat bawah ni ialah resepinya. Indah guna bahan yang sedia ada jer kat rumah sewa ni. Jadi kalau x sedap jangan marah.

BAHAN-BAHAN

1 bungkus Mee Maggi (untuk 1 orang, perencah Maggi x diperlukan)
1 kiub ayam
1 biji bawang kecil
3 biji cili api (kalau suka pedas boleh gunakan lebih cili api)
Sedikit sayur-sayuran seperti sawi, kobis dan carrot (x perlu terlalu banyak)
4 biji bebola ayam
1 frankfurter ayam
Sedikit fishcake
Secubit garam
Air (ikut suka, kalau nk banyak kuah taruh banyak. Kalau Indah, setengah periuk kecil pun dah ok)

*Bebola ayam, frankfurter dan fishcake tu cuma bahan2 yang Indah ada. Kalau ada bahan seperti ayam juga boleh digunakan.

CARA-CARA

1. Tumbuk cili api dengan bawang sehingga lumat.
2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan. Tips Indah, jangan buka api ketika memasukkan cili api dan bawang tadi ke dalam periuk kerana ia akan mengakibatkan bau yang akan membuatkan kita terbatuk-batuk.
3. Setelah itu, masukkan air, kiub ayam, bebola ayam, frankfurter dan fishcake tadi.
4. Selepas lebih kurang 2 minit, masukkan sayur-sayuran. 
5. Apabila sudah sedikit mendidih, perlahankan api, masukkan mee Maggi dan sedikit garam tadi. Mee Maggi tidak boleh diletakkan awal-awal kerana mee Maggi cepat kembang sebelum bahan-bahan yang lain sempat masak.
6. Setelah mee masak, tutup api dan hidangkan.

*Mee sup tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ia cepat mengembang. Tujuan Indah memasak mee sekali dengan kuah sup adalah supaya mee akan menyerap rasa sup dan menjadi lebih sedap. 








Selamat mencuba...psst..sori yer kalau x sedap...

No comments:

Post a Comment