Bismillahirrahmanirrahim...
Baru-baru ni Indah dapat panggilan daripada emak Indah, dia bagitahu kakak sulung Indah, Kak Yong akan bertunang cuti sekolah ni nanti. Keluarga Indah begitu gembira, kerana kakak Indah merupakan anak perempuan pertama yang akan bertunang dan InsyaAllah, akan melangsungkan perkahwinan tapi belum tahu lagi bila. Dalam asyik bersembang dengan ibu Indah mengenai perkara ni, Indah ada tertanya apakah kalau masa kahwin nanti Kak Yong nak bersanding. Ma menjawab ya, tapi dibuat secara kecil-kecilan, hanya di dalam rumah.
Jadi Indah pun berkongsi kisah kegembiraan ini dengan housemates Indah. Indah bercerita pada roomate Indah mengenai kegembiraan keluarga Indah dengan majlis yang bakal berlangsung nanti. Dan secara tiba-tiba, dia bertanya, apakah kakak Indah akan bersanding nanti sekiranya dia berkahwin? Dengan jujur, Indah berkata ya. Indah sudah dapat mengagak reaksinya. Kami berdebat mengenai perkara ini. Dia berkata, kalau dah tahu hukum kata bersanding tak boleh, kenapa masih mahu buat? Indah sedar mengenai perkara ini. Tapi Indah keliru. Bagaimana harus Indah menjelaskan. Indah takut untuk berkata apa-apa kerana bimbang akan dikatakan mempersoalkan hukum Allah.
Indah tak bermaksud pun nak persoalkan hukum Allah. Tapi Ma dah jelaskan pada Indah kalau majlis persandingan itu hanya akan dibuat di dalam rumah dan disaksikan oleh keluarga terdekat. Apakah hukumnya masih haram. Indah ingat, kalau majlis tu setakat simple-simple saja, tak melebihi kemampuan dan tidak over, menutup aurat, mungkin tidak mengapa. Tapi roomate Indah seolah-olah tidak menyetujui pendapat Indah. Iyalah, Indah bukannya pakar atau serba tahu mengenai agama. Tapi Indah seperti pernah terdengar seorang ustaz berkata begitu cuma tidak pasti oleh siapa dan bila.
Apa yang harus Indah lakukan? Indah keliru. Indah benar-benar keliru. Indah tak tahu. Dia berkata mengapa nak bazirkan beribu-ribu untuk duduk atas pelamin yang setakat sepuluh minit saja? Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.
No comments:
Post a Comment