Sunday, 26 February 2012

First Ex-Crush

Assalamualaikum...
Petang tadi semasa Indah nak pergi latihan kawad, Indah ternampak seseorang yang mukanya macam familiar. Indah berfikir, tak mungkin dia, tapi bila dilihat lama-lama, ternyata adalah dia. Dia ialah first crush Indah masa sekolah dulu. Biasa la, masa zaman budak sekolah, tengok lelaki handsome terus suka. Dia memang handsome pun, ala-ala muka tok sheikh gitu. Tapi Indah tak pernah bercakap pun dengan dia. Selepas habis PMR, Indah berhenti minat dekat dia sebab dia dah ada girlfriend. Tamat sekolah, Indah tak tahu langsung pasal perkembangan diri dia. Dia sambung belajar ke, kerja ke atau apa ke? Tapi sebelum ni Indah pernah terserempak dengan dia sekali semasa nak balik cuti Tahun Baru Cina hari tu. Tak sangka jumpa lagi sekali. Tapi Indah rasa dia tak kenal Indah. Takpelah, Indah tak kisah pun. Lagipun Indah cuma crush dengan dia dulu. Sekarang InsyaAllah tak. 

P/S: Indah harap dia bahagia. Kali terakhir Indah dapat tahu dia couple dengan bekas kawan sekelas Indah. Harap-harap hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. AMIN.

Westlife-I'm Flying Without Wings

Assalamualaikum...Indah suka sangat dengan lagu Westlife tajuk "I'm Flying Without Wings". Lagu ni mengisahkan tentang mencari yang namanya CINTA... kita cari CINTA dalam keluarga, kekasih, kawan2, anak-anak dan banyak lagi laa. Dan bila kita dah jumpa CINTA tuh, kita akan rasa bahagia, as it like flying without wings, means kita boleh hidup bahagia dengan CINTA walaupun kita tidak kaya raya. Indah nak hurai panjang2 pun Indah tak pandai. Tapi yang pasti Indah amat menyukai lagu ini kerana liriknya yang begitu bermakna. Kat bawah ni Indah ada share lirik dan video lagunya.  Lirik ni Indah copy kat sini...

-CINTA KEPADA ALLAH S.W.T ADALAH CINTA YANG PALING AGUNG-

-LOVE TOWARDS ALLAH, THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL, IS THE GREATEST LOVE-


Westlife - Flying Without Wings lyrics 

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You find it in the strangest places
Places you never knew it could be


Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you found that special thing
You're flying without wings


Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry


You find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings


So impossible as they may seem
You've got to fight for every dream
'Cause who's to know
Which one you let go
Would have made you complete


Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
In any given time or place
It's little things that only I know
Those are the things that make you mine


And it's like flying without wings
'Cause you're my special thing
I'm flying without wings


And you're the place my life begins
And you'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

Tengok mulut Mark, sampai macam tu punya semangat nyanyi...hehe..

P/S: Sedih dengan golongan remaja yang menyalahertikan istilah CINTA dengan melakukan perkara2 maksiat. Kes pengguguran dan pembuangan anak semakin menjadi-jadi. Semoga mereka diberi hidayah dan insaf dengan perbuatan mereka.

Friday, 24 February 2012

Resepi Maggi Sup Versi Indah

Assalamualaikum... 

Kalau waktu cuti hujung minggu, makanan rutin bagi pelajar2 semestinya ialah mee Maggi. Tapi kali ni Indah nak  kongsi resepi Maggi sup versi Indah punya. Ni Indah cuba try test masak hari tu sebab Indah dah penat asyik makan Maggi biasa jer. Simple, cepat dan sedap *bagi Indah lah. Jadi Indah cuba buat kelainan dengan memasak Maggi tapi Maggi sup. Yang kat bawah ni ialah resepinya. Indah guna bahan yang sedia ada jer kat rumah sewa ni. Jadi kalau x sedap jangan marah.

BAHAN-BAHAN

1 bungkus Mee Maggi (untuk 1 orang, perencah Maggi x diperlukan)
1 kiub ayam
1 biji bawang kecil
3 biji cili api (kalau suka pedas boleh gunakan lebih cili api)
Sedikit sayur-sayuran seperti sawi, kobis dan carrot (x perlu terlalu banyak)
4 biji bebola ayam
1 frankfurter ayam
Sedikit fishcake
Secubit garam
Air (ikut suka, kalau nk banyak kuah taruh banyak. Kalau Indah, setengah periuk kecil pun dah ok)

*Bebola ayam, frankfurter dan fishcake tu cuma bahan2 yang Indah ada. Kalau ada bahan seperti ayam juga boleh digunakan.

CARA-CARA

1. Tumbuk cili api dengan bawang sehingga lumat.
2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan. Tips Indah, jangan buka api ketika memasukkan cili api dan bawang tadi ke dalam periuk kerana ia akan mengakibatkan bau yang akan membuatkan kita terbatuk-batuk.
3. Setelah itu, masukkan air, kiub ayam, bebola ayam, frankfurter dan fishcake tadi.
4. Selepas lebih kurang 2 minit, masukkan sayur-sayuran. 
5. Apabila sudah sedikit mendidih, perlahankan api, masukkan mee Maggi dan sedikit garam tadi. Mee Maggi tidak boleh diletakkan awal-awal kerana mee Maggi cepat kembang sebelum bahan-bahan yang lain sempat masak.
6. Setelah mee masak, tutup api dan hidangkan.

*Mee sup tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ia cepat mengembang. Tujuan Indah memasak mee sekali dengan kuah sup adalah supaya mee akan menyerap rasa sup dan menjadi lebih sedap. 








Selamat mencuba...psst..sori yer kalau x sedap...