Thursday, 31 January 2013

GERAM!!!!!!!!!!

GERAMMMNYAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!

Hari ini Indah memang emo. Geramnya Indah. Hari ni Indah kurang sihat. Sakit perut, maybe perut masuk angin. Dah tu pulak Indah banyak kerja nak buat; kelas, nak kena cari pengarah nak minta approval utk paperwork, pergi sana sini, pengarah pulak asyik x ada. Balik dari kelas Indah tidur je sampai petang. Yang membuatkan Indah geram sangat, masa Indah nak sidai kain, penyidai tu penuh. Ada sorang housemate Indah ni, kalau orang lain lambat angkat baju, bising satu dunia. Dia sendiri, x reti2 nak angkat baju. Indah bukan jenis suka nak bising2 marah2 orang. Tapi fikirlah sendiri. Hanger pun tinggal 2-3 je kat penyidai tu. Bila Indah tanya diorang, ade sesiapa ke yang angkat baju sekali dengan hanger? Semua x nak mengaku. Okay! Fine! Indah boleh bertolak ansur lagi. Tapi tadi sebelum Indah sidai kain, Indah ada masak air. Bila Indah pergi dapur balik, tengok2 air panas tu dah abis. Diorang dah guna buat air teh. OMAIGOD!!!! Sabar jelah!!! Indah tanya: MANA AIR PANAS TADI??!! And then one of them cakap, Indah, minum jelah air teh ni. Indah bukan nak bancuh air saja2, Indah nak bancuh teh ubat Indah. I'm sick u know. Tapi apa boleh buat, bloglah tempat Indah meluahkan perasaan. SABAR JELAHHH!!!

Thursday, 24 January 2013

KANTOI!

Indah kembali menceritakan masalah Indah dalam blog diari ni. Hari ini Indah rasa sedih, marah dan geram. Roomate Indah tersalah hantar mesej dekat Indah, mesej yg sepatutnya utk housemate Indah yg lain. Kandungan mesejnya betul2 buat Indah sedih. Dia kata dia geram dengan Indah. Semuanya sebab Indah x kunci pintu. Memang Indah orang terakhir yg keluar tadi, tapi itu petang tadi. Dalam pukul 6 lebih. Selalunya pintu pagar besar tu malam baru kunci. Dan Indah pulak terlupa nak tanya semua orang sama ada diorang nak keluar lagi ke x. Dan x teringat langsung nak kunci pintu. Jadi tadi dia ada tanya Indah, dah kunci pintu ke belum. Indah jawabla belum, lagipun Indah keluar petang tadi. Kalau dia nak Indah jugak yg pergi kunci pintu, cakap jelah, tak payah nak pergi report kat org lain. Tapi dia kantoi sebab tersalah hantar mesej dekat Indah. Indah baca mesej tu depan dia, dan dia buat selamba badak jer. Cuma cakap "Aku tersilap hantar mesej dekat ko". What?! Itu aje? Xde minta maaf atau explanation langsung. Did she forget that she's staying with me in the same room? I'm her roommate. Dah 3 semester duduk skali! Dan mungkin akan duduk utk 4 semester lagi. Jadi kalau nak mengata Indah, please be more careful. TRIPLE EXTRA CAREFUL. Please hormat perasaan Indah. Kalau nak kata apa2, just be straightforward with me or pergi bilik BFF dia tu je. Or before nak mesej tu, check sejuta kali so that there won't be any mistake. Indah rasa kecewa sangat. Yes, I'm not baik sangat. Honestly, Indah pun kadang2 ada x puas hati atau terasa dengan sikap dia, tapi Indah luahkan hanya pada keluarga Indah bila waktu cuti. Not to someone else. Tapi dekat sini, Indah hanya mampu luahkan dalam blog, marah dalam hati sebab ape? Sebab Indah MENUMPANG!!! Indah tumpang kereta dia utk ke kelas, praktikum nnt, jadi Indah kena terima apa sahaja yg dia buat. She's always correct! Macam minggu lepas, ada kawan Indah buat makan2 dekat rumah dia. Dua kali dia cakap kat kat Indah, kalau xnak pergi takpe. Ape ni? Ikhlas ke x nak ajak Indah ikut sekali? Tapi last2 Indah ikut juga sebab kalau x Indah kena tinggal sorang kat rumah. Maybe Indah ni mcm baik dengan dia sebab ada kepentingan sendiri. No, Indah ikhlas berkawan, tapi Indah xda alternatif lain utk ke kelas. Indah terpaksa tumpang kawan2 yg ada kenderaan. Indah x boleh kata apa2 sebab Indah tahu, Indah nak duduk dengan dia lama lagi. Ma pernah pesan, kalau kita nak tinggal di sesuatu tempat, we have to please everybody yang tinggal dekat situ. Supaya hidup kita aman dan tenteram. So x guna Indah nak panjang2kan cerita. Just be quiet, buat macam xde apa2 berlaku, and everything's gonna be alright. 

Wednesday, 9 January 2013

..::This is the New Semester::..

Dah berbulan2 x blogging. Tiba2 rasa rindu plak kat blog sunyi ni. Indah sekarang ni dah semester yg ke-5, semester baru, tahun baru, tp crush masih yg lama. Hehe.. Untuk semester kali ini, Indah dilantik jd KK atau ketua kumpulan bagi kelas Indah. Rasa gemuruh pulak, sebab tak pernah lagi dalam seumur hidup Indah pegang jawatan yg begitu besar. Risau kalau x dapat memuaskan hati semua orang. Jadi sekarang ni Indah agak busy, dengan meeting sana sini, tambah pulak semester ni Indah ada K.O.T iaitu hari kejohanan olahraga tahunan maktab, praktikum, B.I.G & byk lagilah. Indah sebenarnya agak stress hari ini, tapi xdelah stress sgt, cuma ada terasa hati dengan housemate Indah yg sorang ni. Dia penolong ketua kumpulan kelas kitaorang. Jadi yg menyebabkan Indah stress ini sebab Indah ada meeting pukul 2 petang tadi, tapi hanya untuk KK sahaja. Housemate Indah ni ada kereta manakala Indah pulak menumpang jer. Jadi Indah tanya la dia boleh x masa Indah balik dari meeting nanti dia tolong ambil. Dia angguk, tapi dlm masa yg sama dia ckp "Itulah pentingnya kita kena tahu bawak kereta atau motor." Memang penting pun, tapi kalau Indah tahu pun nak memandu atau bawak motor, takkan Indah nak pinjam kereta dia. Buatnya Indah langgar apa2 ke, sape yg nk b'tanggungjawab? Tapi itu jelah masalahnya. Susah betul bila kita x berkenderaan. Indah ade hajat nak minta Abah belikan motor, tapi Indah lesen pun xda, lagipun kesian kat Abah, x naklah menyusahkan Abah.

Btw, Indah still x dapat lupakan dia. Cuma dapat memandang dia dari jauh, sambil tersengih sorang2. Tapi Indah tgh mencuba utk x mengingati dia sgt. Masih banyak yg Indah ingin lakukan. Terlalu banyak perkara yg Indah ingin buat. Jika hanya duduk berangankan tentang diri dia, satu kerja pun x jadi.

Friday, 3 August 2012

Aduh, gagal lagi nak lupakan dia. Ya Allah, macam mana ni?

Bismillahirahmanirrahim dan assalamualaikum...
Walaupun dah hampir 2 minggu kita berpuasa tapi baru hari ini berkesempatan nak mengucapkan salam Ramadhan pada semua umat Islam di seluruh dunia. Kebelakangan ini, Indah agak sibuk dengan assignment yang bertimbun-timbun, jadi tak sempat nak jenguk blog yang dah bersawang. 
Walaupun tak ada orang yang baca blog Indah, tapi takpelah, Indah pun bukannya tulis blog ni untuk ada pembaca setia. Pada blognilah Indah luahkan segala perasaan Indah. Jadi, macam biasa Indah akan mencurahkan segala perasaan Indah pada entri-entri blog yang Indah tulis ni. 
Hari ini, termasuk semalam, Indah duduk sekelas lagi dengan dia tu. Kelas Indah dengan kelas dia gabung untuk subjek seni. Jadi, setiap hari Rabu dan Khamis, kitaorang akan bergabung kelas. Hehehe, ni yang happy ni. So, semalam kitaorang belajar mengenai kaedah mewarna kut, kalau tak silap, teknik pualaman, dan golekan. Indah tak berapa suka dengan pualaman sebab agak leceh nak buat, sebab seluar trek yang Indah baru beli terkena cat pualaman tu. Lepas tu, kitaorang belajar buat teknik golekan menggunakan guli. Seronok buat teknik golekan ni. Rasa macam buat kuih raya pun ada. Mula-mula kena celup dulu guli dengan pelbagai warna, pastu letak kertas lukisan dalam besen. Susun guli yang dah dicelup tadi dalam besen, kemudian GOLEK!!! Waah, cantik betul hasilnya. Tapi yang sedihnya, Indah punyalah bersemangat buat golekan tu, last-last hilang entah ke mana kertas lukisan yang ada teknik golekan yang Indah buat tu. Takpelah, nak buat macam mana, bukan rezeki kut. 
Dalam tengah syok-syok buat golekan ni, Indah rasa happy juga sebab si dia tu, Z ada sekali masa Indah tengah buat golekan tu. Dia berdiri dekat tepi sambil tengok apa yang Indah buat. Alahai, kena cover cun ni. Jatuh saham kalau buat tak cantik. Jadi, sambil buat, sambil tersengih-sengih. Pastu duk curi-curi pandang. Aduh, kurang pahala puasa sebab asyik mengintai anak teruna orang. 

Macam manalah nak lupakan si dia ni, bila jumpa je terus angau. Baru nak lupakan dia tiba-tiba dia muncul depan muka. Terus duk teringat-ingat.

Thursday, 12 July 2012

Andai dia bukan jodohku, aku terima dengan ikhlasnya.

Cehh, tajuk macam baru lepas putus cinta jer. Padahal bercinta pun tak pernah. Sebenarnya, Indah semakin dapat merasakan, yang dia bukan untuk Indah. Mungkin apa yang Indah rasa ini bukan cinta. Atau mungkin juga ya. Semakin lama Indah fikir, semakin Indah dapat merasakan, jurang antara kami terlalu besar. Teguh, kuat dan tidak mungkin akan runtuh begitu sahaja. Hari ini, Indah tengok lagi profil dia. Ada seseorang komen di situ. Entah mengapa, hati ini kuat mengatakan, perempuan itu lebih istimewa. Istimewa di hatinya. Siapalah Indah, jika nak dibandingkan dengan gadis itu. Ilmu agamanya lebih tinggi, pakaiannya menutup aurat dengan betul, tapi Indah... Tudung pun tak cukup labuh, mengaji pun banyak salah tajwid lagi. "Pilihlah wanita kerana agamanya". Justeru itu, Indah rasa, gadis itu lebih layak, jauh lebih bagus. Tapi entahlah, jodoh pertemuan itu semua di tangan Allah. Cuma kekurangan diri Indah merasakan bahawa Indah tidak layak untuknya. 


P/S: Hmmm....Indah rasa Indah patut berhenti cari putera Indah, jadikan Allah sebagai raja hati ini, dan mungkin impian Indah akan tercapai...

Thursday, 5 July 2012

Another dream, will you come true?

Bismillahirahmannirahim...
Entri hari tu Indah tulis pasal impian Indah untuk mengelilingi dunia. Kali ni Indah nak cerita mengenai impian Indah yang lain pulak. Impian yang ini Insyaallah, kalau takde aral melintang, Indah akan pastikan impian Indah yang ini tercapai. Sebagai seorang pencinta kucing yang tegar, Indah teringin nak adopt kucing-kucing jalanan yang takde tuan, kurap dan kelaparan. Bila pergi ke sesuatu tempat, Indah mesti akan terjumpa dengan kucing-kucing macam ni. Kasihannya Indah tengok mereka merayu-rayu meminta makanan daripada manusia-manusia yang tengah makan time tu tapi sesetengahnya yang tak berperikemanusiaan bertindak menyepak atau menendang kucing tu. Bagaimana perasaan kucing-kucing tu, hanya Allah yang tahu. Jadi, Indah kalau boleh, suatu hari nanti, bila Indah dah kerja, ekonomi dah stabil, Indah nak adopt kucing-kucing jalanan tu. Sekarang ni tak boleh buat macam tu lagi sebab Indah still study, and rumah ibu bapa Indah jauh. Housemates Indah pula tak berapa suka dengan kucing, jadi Indah tak boleh bawa balik rumah mana-mana kucing.

Indah akan tempah sebuah sangkar besar, yang ada banyak bilik. Macam mini apartment, tapi versi sangkar. Setiap kucing akan tinggal dalam setiap bilik. Dari pukul 7.00 a.m sampai pukul 10.00 a.m, kucing-kucing akan diletakkan di luar sangkar, kemudian masuk balik dan akan keluar semula pada pukul 5.00 p.m hingga 7.00 p.m untuk aktiviti riadah diorang. Haa siap planning buat jadual lagi. Lepas tu kalau ada bajet lebih, Indah nak upah seorang pekerja untuk memastikan makan minum, kebersihan dan sangkar kucing-kucing ni terjaga. And then, kalau ada orang yang nak adopt atau nak tinggalkan kucing diorang kat tempat Indah pun, Indah tak kisah. Macam ni la yang Indah dok imagine tiap-tiap hari bila tengok kucing-kucing dekat kafe maktab Indah ni. Kadang-kadang, Indah sedih, bila kawan-kawan Indah tak faham dengan apa yang Indah harapkan. Kalau tak suka dengan kucing tu, just ignore it. Tak payahlah marah-marah atau hina-hina kucing tu. Sedih hati Indah tau. Indah bersyukur, sebab keluarga Indah juga menyayangi kucing. Jadi, Indah rasa impian Indah yang ini mungkin senang sikit nak tercapai kut, kalau nak dibandingkan dengan yang Indah cerita sebelum ni. Indah harap, impian yang ini akan tercapailah suatu hari nanti.

PS: Agak-agak, Z.A suka kucing tak??? Hurmmm....

Indah gembira bila dapat berkongsi makanan yang Indah makan dengan kucing jalanan. Tapi gambar ni Indah gugel je. Indah tak pernah ambik gambar pun bila bagi kucing jalanan makan.
Sumber: Google Images

Sedih bila melihat nasib kucing-kucing jalanan yang tidak pernah terbela.
Sumber: Google Images

Salah satu cat sanctuary di luar negara yg dibuka oleh Craig Grant. I hope that one day I can open one like this and visit this place too.
Sumber: Google Images

Kucing-kucing di cat sanctuary milik Craig Grant.
Sumber: Google Images

Tuesday, 3 July 2012

My Dreams, Will You Ever Come True?

Bismillahirahmannirahim.

Life is only once. This fact make me realize that life is really once. Jadi ada banyak benda yang Indah nak lakukan dalam hidup ini. Salah satunya ialah, mengembara keliling dunia. Subhanallah, Maha Suci Allah, Allahuakbar, Allah Maha Besar ynag telah menjadikan bumi ini begitu indah sekali. Impian Indah, Indah teringin melilingi dunia, melawat ke semua tempat-tempat yang menarik di seluruh dunia. Dan Indah berangan kalau Indah dapat melawat ke semua tempat ini dengan keluarga Indah, bersama ibu bapa dan adik beradik Indah. Mungkin sebab keluarga kami sederhana saja, sejak Indah kecil kami tidak mampu ingin melancong ke mana-mana tempat menarik di Malaysia ni. Cuma setelah Indah dewasa dan ingin melanjutkan pelajaran, barulah keluarga Indah merasa untuk melancong bersama-sama.

Kadangkala, Indah berfikir sendirian, apakah impian ini mustahil? Indah sering melihat gambar tempat-tempat cantik macam Mekah, Tembok Besar China, Pulau Sipadan dan macam-macam lagi la dekat internet. Jadi Indah teringin sangat nak pergi ke tempat tu.



Salah satu pemandangan pulau di Australia


Tembok Besar China


Mekah al-Mukaramah

Walaubagaimanapun, Indah tak kisah kalau Indah tak dapat pergi ke 2 tempat di atas, cuma Indah berharap, Indah dapat menunaikan haji di Mekah bersama ibubapa dan adik beradik Indah.